CRUEL TRUTHS

Hakikat kejam yang tersembunyi di sebalik alat penapis air domestik di Malaysia


Apabila dibincangkan hal alat penapis air, soalan yang paling afdal dikemukakan adalah, “Sekadar mana bagusnya alat penapis air anda serta kualiti air yang ditapis itu?” Sejajar dengan soalan sebegini, pihak pembekal alat penapis air mulalah melaung-laungkan berbagai-bagai dakwaan, termasuklah yang dibayangi ketidakbenaran. Ramai pembekal telah mendakwa betapa bagus serta sofistikated alat penapis air mereka sehingga adanya segelintir pihak pembekal yang turut mendakwa bahawa air yang ditapis oleh alat penapis air mereka itu memiliki kesan ajaib.


Mengapakah hal ini berlaku? Jawapan yang paling mudah merujuk kepada prinsip pemasaran asas, yakni konsep ‘permintaan dan penawaran’. Sedangkan pengguna memiliki ilmu sains yang kurang mantap dalam bidang kualiti air serta proses rawatan air, mereka berkeras untuk menuntut alat penapis air yang paling moden. Hal ini seterusnya membuka peluang kepada pihak pembekal alat penapis air untuk mengambil kesempatan terhadap pengguna.


Setiap pakar rawatan air yang tulen memang sedar akan kebenaran di sebalik alat penapis air. Namun, penjelasan bagi fakta tersebut sukar dijelaskan dan dibuktikan kepada pengguna yang kurang terdedah kepada konsep teknikal sistem sebegini.


Umumnya, orang ramai tidak sanggup untuk menerima hakikat kejam. Biarpun adanya yang lebih bersifat keterbukaan, mereka tetap mendesak agar penjelasan tersebut dipendekkan lalu hal ini terus membayangi kesahihan yang lengkap mengenai alat penapis air – yang didedahkan hanyalah serba sedikit informasi yang mengelirukan.


Pada pendapat saya, orang ramai patut dididik dengan pengetahuan saintifik yang asas mengenai rawatan air dan spesifikasi kualiti air yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation; WHO), sebelum orang ramai terburu-buru membuat kesimpulan tersendiri.


Dengan pengalaman yang menjangkau lebih daripada 20 tahun dalam bidang reka cipta dan penjayaan bagi pelbagai projek rawatan air, kebanyakannya, di Malaysia, saya telah menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman yang cukup untuk melayakkan saya menyuarakan komen tentang isu-isu kualiti air yang mampu meninggalkan kesan serius terhadap kesihatan penggunanya.


Saya berani memperjuangkan bahawa kebanyakan alat penapis air domestik dalam pasaran Malaysia adalah bahan penjana karsinogen (agen yang mengakibatkan penyakit kanser). Sebagai bukti, izinkan saya memimpin anda sepanjang pengenalan kepada teori-teori sains seta aspek-aspek teknikal mengenai rawatan air yang sebenar.


Klasifikasi bukti bagi alat penapis air penjana karsinogen adalah seperti berikut:

  1. Teori saintifik tentang teknologi rawatan air
  2. Analisis air daripada alat penapis air domestik yang sedia ada
  3. Laporan statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia


Teori

Demi memahami teori-teori ini, maksud sebenar karsinogen dan cara karsinogen dihasilkan perlulah difahami.


Hampir semua pegawai air di medan antarabangsa setuju bahawa karsinogen utama dijumpai dalam bekalan air yang memacu kadar kanser sedunia ialah Trihalomethane (THM).


Anda boleh rujuk kepada mana-mana laman web milik pegawai kesihatan antarabangsa mengenai THM mahupun meneliti halaman yang dipetik (Lampiran #1) dari laman web Universiti Kebangsaan Malaysia (https://ikm.org.my/mjchemistry/images/8MJC5_056_066_MdPauziAbdullah.pdf).


Menurut laporan yang dikepilkan tersebut, adalah dinyatakan bahawa klorin menimbulkan risiko kesihatan akibat pembentukan karsinogenik atau sebatian mutagen halo-organik sebagai kesan sampingan pembasmi kuman seperti THM.


Apabila dirumuskan dengan susunan ungkapan yang lebih mudah difahami, berikut adalah kesimpulannya;

Perjelasan:


Dalam konteks yang sama, THM tidak akan dibentuk sekiranya salah satu daripada dua elemen ini tidak wujud. Sebaliknya, tahap Klorin Bebas dan Bahan Organik yang tinggi dalam air akan mengakibatkan peningkatan tahap THM.


Oleh sebab hanya 2 elemen yang terlibat, adalah tidak mencabar untuk kita meneliti setiap elemen ini dengan terperinci.


Klorin Bebas


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation; WHO) mengesyorkan bahawa, demi mencegah infeksi peringkat menengah, sejumlah sisa klorin patut dikekalkan dalam paip bekalan air sehingga air tersebut sampai ke pengguna.


Sebagai lampiran, salinan ‘Water Quality Standards and Frequency of Monitoring’ (Lampiran #2) dikepilkan. Artikel ini telah diiktiraf dan sepatutnya dituruti dengan tegasnya oleh Jabatan Bekalan Air Malaysia.


Artikel ini mengesyorkan agar bacaan piawai seharusnya tidak kurang daripada 0.2mg/l bagi Klorin Bebas dan dan 1.0mg/l bagi Gabungan Sisa Klorin. Salah satu sebab bagi saranan kandungan Gabungan Klorin yang jauh lebih tinggi berbanding dengan saranan kandungan Klorin Bebas adalah kerana Gabungan Klorin menghasilkan jumlah THM yang lebih rendah.


Marilah kita merenungi situasi yang sebenar. Adakah air paip kita memenuhi syarat yang disarankan? Jawapannya adalah TIDAK.


Hakikat ini boleh dibuktikan serta merta dengan menggunakan kit ujian air seperti LOVIBOND atau PALINTEST.


Saya telah menghadapi fenomena yang membingungkan suatu ketika dahulu, pada tahun 1993, apabila saya diberikan tender bagi suatu projek rawatan air untuk Stesen Tenaga Kapar, Selangor. Demi tujuan reka cipta system dan pengiraan, pihak perunding projek tersebut perlu menyediakan analisis bekalan air mentah, yakni air paip bandaran, secara komprehensifnya untuk rujukan pembida.


Seperti yang diumumkan dalam dokumen tender, (Lampiran #3 – Laporan Analisis Air), Klorin Gabungan tidak dapat dikesan manakala Klorin Bebas telah dikesan sebanyak 2.0mg/l, 10 kali ganda lebih daripada tahap piawai.


Dalam nada yang sinis, pihak perunding lantasnya menyembunyikan ‘tuntutan pelik’ kami secara mengelakkan keputusan laporan tersebut daripada didedahkan kepada ahli profesional antarabangsa yang lain (tender tersebut adalah terbuka kepada pembida antarabangsa). Pihak perunding tersebut lebih selesa dengan meletakkan frasa “dalam wabak” di sebelah jumlah Klorin Bebas yang tercetak. Tindakan sedemikian telah mengimplikasikan bahawa pihak perunding menganggap bandar kita telah mengalami pencetusan wabak sepanjang tahun tersebut. Jika hal ini benar-benar berlaku, jentera kerajaan kita sepatutnya telah digerakkan untuk mengisytiharkan kecemasan akibat pencetusan wabak. Ataupun... mungkinkah situasi ini begitu kerap berlaku sehinggakan menjadi sebati dalam kehidupan harian kita, justeru, tidak lagi menjadi sebuah isu?


Bahan Organik


Risiko utama tahap Klorin Bebas yang tinggi adalah jika ia bertindak balas dengan Bahan Organik, maka gabungan ini membentuk THM (karsinogen utama dalam air).


Disebabkan jumlah hujan tahunan yang besar, air mentah di Malaysia mengandungi kandungan bahan organik yang rendah. Asalkan bahan organik tidak dibentuk pada peringkat penapisan air, Klorin Bebas tidak mampu membentuk THM.


Jabatan Bekalan Air Bandaran telah mengorak langkah pencegahan agar alat penapis pasir kekal bersih sepanjang masa. Dengan langkah sedemikian, proses pereputan sisa organik yang terperangkap tidak akan berlaku dalam alat penapis air tersebut. Oleh itu, pembentukan bahan organik dapat dikurangkan.


Pihak pengendali mestilah kerap (disyorkan setiap hari) melakukan prosedur pencucian filter melalui kaedah *backwash menggunakan pam air berkadar aliran tinggi yang bersaiz khas. Kecekapan prosedur *backwash ditingkatkan lagi dengan proses penyentalan udara. Meskipun dengan kehadiran Klorin Bebas, tahap THM yang dibentuk masih mampu diminimakan. Sila rujuk kepada laporan daripada UKM (Lampiran #1).


Tanpa prosedur-prosedur pembersihan alat penapis air yang tertera di atas, adalah amat sukar bagi alat penapis air domestik untuk mencegah pembentukan bahan organik. Senario sebegini akan menjurus kepada akibat yang amat buruk, lebih-lebih lagi apabila disertai tahap Klorin Bebas yang tinggi.


*backwash - prosedur pencucian alat penapis air yang menterbalikkan aliran air dan meningkatkan kelajuan air yang dikembalikan melalui penapis. Ini, pada hakikatnya, akan mengeluarkan zarah yang tersumbat pada penapis.


Analisis Air


Kaedah menganalisis sampel air yang diambil sebelum dan selepas pemasangan alat penapis air adalah kaedah yang paling efektif untuk mengenalpasti kebenaran teori serta kecekapan alat penapis air tersebut.


Terdapat banyak parameter yang boleh dianalisa samaada air tersebut sesuai diminum oleh manusia atau sebaliknya. Namun, analisis sebegini memakan kos yang tinggi serta sukar difahami tanpa penjelasan daripada pelbagai teori dan sokongan fakta.


Saya memilih ujian THM kerana THM adalah karsinogen bawaan air yang paling merunsingkan ahli-ahli pakar air serta pegawai kesihatan sejagat. Lebih-lebih lagi, saya pernah melibatkan diri secara langsung dalam projek penyingkiran THM untuk Carlsberg Brewery Malaysia demi memperluas kajian serta pengetahuan saya dalam subjek ini.


Lampiran #4: Sijil Analisis yang dikeluarkan oleh M/S: ALS Technichem (M) Sdn Bhd telah dikepilkan sebagai penjelasan.


Sampel air telah diambil dari sebuah rumah di Kajang, Selangor, pada Februari 2009. Dalam kajian kes ini, tuan rumah tersebut telah memasang (1) sebuah alat penapis air yang popular di salur masuk bekalan air utama serta (2) satu lagi di bawah sinki dapur.


  1. Merujuk kepada perkara di atas, tahap THM sejurusnya meningkat selepas alat penapis air pertama (Diamond Master) dipasangkan walaupun secara luarannya, air yang ditapis itu kelihatan lebih jernih. Tiada sesiapa yang menjangka air yang ditapis serta lebih jernih itu sebenarnya lebih berbahaya (dari segi pencetusan kanser) berbanding air paip mentah yang keruh. Ujian yang lain pula membuktikan kenaikan tahap THM tersebut adalah akibat peningkatan tahap organik dalam air (meningkat lebih daripada 2 kali ganda selepas penapisan melalui alat penapis air pertama).

  2. Mujurnya, rumah ini dipasangkan alat penapis air mudah alih (AquaKitch) yang mampu membasmi THM serta mengurangkan kandungan THM.

Peringatan:


Walaupun alat penapis air yang kedua mampu menyelesaikan masalah ini, adalah masih tidak digalakkan pemasangan sebarang alat penapis air yang menjana toksin.


Pihak pemilik alat penapis air harus menimba ilmu teknikal yang serba lengkap mengenai alat penapis air mereka sebelum melibatkan mana-mana makmal persendirian yang berkelayakan untuk menjalankan ujian air. Di samping itu, pengambilan sampel air haruslah dilakukan secara profesional; jika tidak, keputusan laporan akan turut terpesong ataupun kurang tepat.


Statistik


Sekiranya cetakan muka surat sebelum ini adalah benar, maka bukankah hal ini pastinya terbukti dengan peningkatan kes kanser? Oleh itu, kaedah yang paling diyakini adalah dengan meneliti statistik kes-kes kanser daripada Kementerian Kesihatan. Meskipun statistik sebegini seringkali disiarkan di dada akhbar-akhbar ternama, orang ramai masih leka terhadap laporan seperti ini, apatah lagi mampu mengesan akar umbi masalah ini yang bercambah dari faktor kualiti air atau alat penapis air.


Bekas Menteri Kesihatan kita, Datuk Chua Jui Meng, telah mengisytiharkan Malaysia sebagai salah satu negara yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti kanser di dunia.


Lampiran #5: Pernyataan Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang dilaporkan dalam akbar Cina tempatan: “Antara kadar tertinggi di dunia; kanser menggugat rakyat Malaysia”


Lampiran #6: Kementerian Kesihatan mendedahkan statistik yang menunjukkan bahawa bilangan pesakit kanser berbangsa Cina jauh melebihi bilangan pesakit kanser yang berbangsa lain. Sebelum itu, Datuk Seri Chua Soi Lek pernah mengumumkan bahawa dalam kalangan semua bangsa, lebih kurang 50% daripada pesakit kanser adalah berbangsa Cina (walaupun populasi masyarakat Cina hanyalah 30%).


Lampiran #7: Di bawah sub-tajuk “Most cases involve Chinese” (“Kebanyakan kes melibatkan masyarakat Cina”), Datuk Liow Tiong Lai menyatakan bahawa ahli penyelidik harus mengkaji sebab kadar di negara ini lebih tinggi dan mengapa wanita Cina yang utamanya tergugat.


Ya! Saya bersetuju sepenuhnya dengan beliau agar lebih banyak penyelidikan dijalankan terhadap subjek ini. Kebetulannya, daripada pelbagai maklum balas pasaran yang telah saya perolehi, kebanyakan jualan alat penapis air yang ternama adalah kepada golongan pengguna Cina.


Pandangan daripada ahli pakar air yang lain


Selepas anda membaca semua penjelasan yang tertera, anda mungkin tertanya-tanya, “Mengapakah tiada amaran yang diberi oleh ahli pakar air mengenai isu ini pula?” Jawapannya terdapat dalam lampiran berikut:


Lampiran #8: Pengarah Eksekutif Syabas, V. Subramaniam, ahli profesional air tempatan pernah memberi amaran bahawa alat penapis air domestik yang tidak dikendali secara cekap akan mencemarkan air minuman.(Dilapor dalam akhbar New Sunday Times, Mei 25, 2008)


Lampiran #9: Ayat pertama dalam laporan kualiti air pai oleh The Herald (Akhbar yang dicetak di Ireland, UK) menyatakan bahawa, ‘menurut pakar, alat penapis air yang mahal semata-matanya menyingkirkan kebaikan dalam air paip’. Laporan tersebut diakhiri dengan ayat ‘kualiti air merosot akibat pengumpulan bahan mendapan’.


Lampiran #10: Laporan yang lebih lanjut boleh didapati di watertechonline.com, laman web majalah Water Technology, USA, yang dilanggani oleh ramai ahli profesional air sedunia.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan negara maju menganggap Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) mereka sebagai kuasa yang paling tinggi apabila berhadapan dengan isu kesihatan serta isu alam sekitar.


Lampiran #11: Water and Energy Consumer Association of Malaysia (WECAM) pernah memberi komen bahawa kebanyakan pengeluar alat penapis air sering mengembar-gemburkan keupayaan produk mereka. Oleh itu, WECAM menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tuntutan mereka.